
Dr Chandra Muzaffar yang juga pengerusi Yayasan 1Malaysia berkata, tiada isu umat Islam berbuka puasa dengan kaum lain di tempat ibadat lain kerana perkara sama berlaku di negara seperti Syria, Lubnan dan Bangladesh.
“Titik asas ialah membantu menyediakan makanan, berbaik-baik satu sama lain dan berbuka puasa dengan orang bukan Islam tidak menjejaskan dimensi rohani berpuasa.
“Ia tidak memperkecilkan Ramadan oleh sebarang imaginasi dan baik untuk masyarakat berbilang agama seperti kita,” katanya kepada FMT.
Chandra berkata, rakyat tidak patut taksud dengan sempadan agama, sebaliknya perlu melangkau sempadan seperti itu untuk berhubung melalui kemanusiaan sama.
Ahli kumpulan moderat Melayu G25, Datuk Dr Johan Ariffin berkata, tidak salah mengadakan majlis seperti itu kerana ia membantu memupuk hubungan baik antara masyarakat berbilang kaum.
“Kadangkala kita baca terlalu banyak kepentingan agama dalam segalanya dan lupa bahagian terbesar agama ialah hubungan manusia, bukannya struktur fizikal atau ritual,” kata bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah itu.
Katanya, Masjid Al Naim Mosque dan Gereja Good Shepherd Church di Miri, Sarawak, yang jaraknya hanya 100m, mengadakan majlis sama selama bertahun-tahun.
“Ada banyak lagi contoh. Kenapa memperbesarkan perkara kecil?”