
Ini kerana Anwar merupakan pemimpin tertinggi PKR yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam Pakatan Harapan manakala Dr Mahathir pula seorang perdana menteri daripada parti terkecil dalam gabungan itu.
“Kita harus ingat ini kali pertama dalam sejarah politik Malaysia di mana perdana menteri dilantik daripada parti komponen yang kecil dan bukan dari parti dominan,” kata peguam, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
“Sebagai ketua umum parti yang menjadi komponen terbesar dalam PH, dia mempunyai kesan dan pengaruh besar pada kerajaan persekutuan.”
Jahaberdeen ditanya sama ada kenyataan-kenyataan Anwar, yang sekarang giat menjelajah dalam dan luar negara menemui individu-individu berpengaruh dan mengulas isu-isu berkaitan negara, boleh memberi kesan ketara pada dasar-dasar kerajaan.
Peguam ini berkata tidak dinafikan perdana menteri dan Kabinet bertanggungjawab ke atas dasar-dasar kerajaan dari segi undang-undang.
“Namun dari segi politik pengaruh parti dominan sangat besar,” katanya. “Bagaimanapun, sama ada kerajaan menerima pandangannya adalah perkara lain.”
Selepas sebelum ini menyatakan komitmen kerajaan PH untuk melindungi hak Melayu, raja-raja Melayu dan Islam, Anwar baru-baru ini menimbulkan isu tentang pelaburan hartanah di United Kingdom yang didakwa menggunakan dana kerajaan.
Anwar memberitahu akhbar The Guardian bahawa perjanjian hartanah Stesen Janakuasa Battersea di London perlu disiasat dan dirunding semula jika wujud pelaburan diragui yang dibuat oleh pentadbiran lepas.
Anwar: Perjanjian hartanah Battersea di London akan disiasat