
Mereka termasuk 3 pegawai 1MDB berusia 45 hingga 53 tahun, iaitu Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Loo Ai Swan.
Seorang lagi individu diburu SPRM ialah Tan Kim Loong, 40, yang turut diburu pihak berkuasa Singapura, selepas waran tangkap dikeluarkan ke atas Tan dan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low pada April hingga Mei 2016.
Jumaat lalu, media melaporkan Interpol mengeluarkan notis merah pada Oktober 2016 berdasarkan permohonan dikemukakan Singapura kerana mereka disyaki melakukan kesalahan di negara itu dan gagal dikesan di sana.
SPRM memasukkan nama penuh, umur, gambar dan alamat 4 individu itu dalam kenyataan hari ini.
“SPRM meminta individu-individu terbabit tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan.”
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu itu boleh menghubungi penguasa Nur Aida Ariffin di talian 03-8870 0000 (sambungan 0323) atau emel kepada [email protected].
Mereka juga boleh menghubungi penguasa Nahar Haris di talian 03-8870 0000 (sambungan 0388) atau e-mel [email protected] atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM berhampiran.