
Pada musim bulan Ramadan, macam-macam yang berlaku kepada tubuh akibat kekurangan air mahupun nutrisi pemakanan. Bagaimana kita mengekalkan tahap kesihatan dalam tahap optimum di samping berpuasa?
Salah satu masalah yang sering kali menjadi igauan pada musim panas dan berpuasa ialah bibir dan mulut kering akibat dehidrasi atau tubuh tidak cukup cecair.
Bibir yang kering dan pecah, terutama sekali di bahagian luar boleh merosakkan penampilan seseorang. Malah bagi wanita, pemakaian gincu juga tidak membantu apabila bibir rosak kerana kekeringan.
Seorang pakar dermatologi dari Hennepin County Medical Center di Minneapolis, Amerika Syarikat(AS), Bruce Bart menyifatkan bibir seperti span yang mudah menyerap.
“Bibir memiliki kemampuan untuk menyerap air, dan kekurangan air juga secara pantas menyebabkan bibir menjadi kering dan tidak menarik,” kata Dr Brak.

Berikut adalah beberapa kaedah efektif yang boleh digunakan untuk merawat bibir dengan sendiri.
Banyak minum air putih
Kalau berpuasa, pastikan anda minum air putih sebelum berpuasa atau selepas berbuka. Pada hari biasa, pastikan anda mengambil 9 gelas air setiap hari supaya tubuh seimbang dengan kandungan cecair, kulit lebih lembab dan bibir pun dehidrasi dengan baik.
Elak membasah bibir dengan air liur
Menurut dermatologist dari Ohio, AS, Robert Brodell membasahi bibir menggunakan air liur bagi mengurangkan rasa kering akan hanya membuatkan bibir lebih kering. Ini kerana, saliva mengandung enzim yang memberikan kesan kurang negatif pada kecantikan kulit bibir
Pilih pelembab bibir
Gunakan pelembab bibir yang mengandung shea butter, vitamin E, minyak badam, lidah buaya dan minyak kelapa. Selain itu pelembab yang tinggi kandungan petroleum jelly juga baik untuk kesihatan bibir.
Krim pelindung matahari di bibir
Kulit bibir cenderung berdepan masalah pigmentasi kerana kurangnya lapisan melanin yang melindungi kulit dari sinar UV. Jadi aplikasikan lapisan krim pelindung matahari yang sesuai untuk bibitr bagi menghalang sinar UV.
Kurangkan penggunaan gincu matte
Ini kerana gincu jenis matte ini boleh membuat bibir menjadi sangat kering. Walaupun gincu matte memberi penampilan yang lebih muda tetapi kesan negatif penggunaannya ialah menyebabkan bibir menjadi dehidrasi sehingga menyebabkan kulit pecah-pecah dan kering. Kalau anda pengguna gincu matte dan hadapi masalah bibir merekah, ketahuilah…