
“Kita bakal menjadi negara maju. Mereka yang tidak fasih perlu mengambil kursus intensif bahasa itu,” kata presidennya, Datuk Azih Muda kepada FMT, tetapi, katanya, pada masa sama kerajaan perlu memberi masa kepada mereka yang perlu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris.
Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pegawai kanan kerajaan yang berada di pentas antarabangsa mesti berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Perdana menteri berkata ujian kompetensi bahasa Inggeris akan diperkenalkan kepada pegawai tinggi kerajaan.
Mengalu-alukan pengumuman kerajaan mahu mengadakan ujian kompetensi bahasa Inggeris untuk pegawai tinggi kerajaan, bekas pengarah Yayasan Sabah Datuk Johan Ariffin Samad memberitahu FMT, masanya telah tiba untuk kerajaan memberi penekanan kepada kemahiran berbahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sepatutnya boleh berjalan seiring dalam pentadbiran kerajaan, kata anggota kumpulan G25, yang terdiri daripada bekas pegawai kanan kerajaan.
Johan berkata, “kita pernah menyaksikan bekas timbalan perdana menteri berucap dalam bahasa Inggeris di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia memalukan bukan sahaja dirinya, tetapi juga negara”, dengan merujuk kepada Datuk Seri Zahid Hamidi yang dikritik banyak pihak berikutan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah ketika berucap di persidangan PBB.
Beliau berkata, dasar pelajaran perlu dipersalahkan kerana mengutamakan agenda nasionalis. Tetapi tidak ada sebab bahasa Inggeris mahu dijadikan bahasa kedua. Kedua-duanya boleh wujud seiringan dan satu bahasa tidak perlu dijadikan lebih tinggi daripada yang satu lagi.
“Di banyak negara, pelajar digalakkan menguasai bahasa kedua atau ketiga. Mewajibkannya ke atas pegawai kanan kerajaan adalah baik dan ini akan memberi motivasi kepada mereka meningkatkan kompetensi bahasa Inggeris mereka dan juga imej kita di luar negara,” kata Johan.
Februari lepas, dalam temu bual dengan FMT, bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyesali kemerosotan kedudukan Malaysia yang tidak lagi dipandang tinggi dari kegi pencapaian akademik dan kemahiran bahasa.
“Ramai orang, termasuk dalam perkhidmatan awam, yang tidak mampu menulis surat yang mudah sekali pun. Saya berasa sangat malu. Saya hanya boleh menyalahkan pendidikan kita yang menghalang kemajuan orang kita. Siapa yang rugi? Negara kita sendiri,” kata beliau.