BookXcess, kedai buku terbesar dibuka 24 jam

BookXcess, kedai buku terbesar dibuka 24 jam

Kedai buku yang kelihatan seperti gudang ini berkeluasan 37,000 kaki persegi menyediakan 2 ruang majlis, sebuah pentas, sebuah kafe dan ruang bacaan.

Kalau anda jenis individu yang teruja apabila melihat koleksi buku yang banyak, anda pasti sukakan artikel ini.

Ini kerana kami akan membawa berita baik mengenai sebuah kedai buku yang terbesar dan dibuka 24 hari sehari!

Ya, setor buku yang terkenal dengan jualan buku terbesar di Malaysia, BookXcess membuka premis terbaharunya di Tamarind Square, Cyberjaya yang beroperasi 24 jam, pertama seumpamanya di Malaysia.

BookXcess, terkenal dengan penawaran harga istimewa, diskaun 50% hingga 80% dari harga biasa di semua kedai bukunya dan pesta jualan.

Kedai buku yang kelihatan seperti gudang besar berkeluasan 37,000 kaki persegi ini memuatkan lebih 500,000 jenis buku pelbagai genre.

Ia juga menyediakan 2 ruang majlis, sebuah pentas dan sebuah kafe dan ruang bacaan yang cukup besar dan pastinya mengujakan.

Dah jadi macam perpustakaan dah!

Sempena pelancaran BookXcess ini, ia menawarkan 20% diskaun bermula 29 Mei hingga 3 Jun bagi produk yang tidak disenarai dalam promosi.

Jadi, apa tunggu lagi, lepas ini tiada lagi alasan kena tunggu jualan buku terbesar kerana semuanya boleh diperolehi di sini setiap hari pada bila-bila masa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.