Pegawai imigresen kasari pendatang asing ditahan kerja

Pegawai imigresen kasari pendatang asing ditahan kerja

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyatakan perlakuan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam.

PUTRAJAYA:
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian akan menyiasat kejadian seorang pegawai imigresen mengasari seorang pendatang asing, selepas video kekasaran itu tular di media sosial.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Johor, seorang pegawai dirakam memukul kepala mangsa dengan buku dan mengetuk tangan mangsa di kaunter imigresen.

“Saya kena siasat dulu, tak ada laporan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media jemaah menteri hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya mengambil tindakan serta-merta dengan menahan kerja pegawai terbabit.

Mustafar mengecam perlakuan yang bertentangan dengan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam, dan tindakan serius akan diambil tanpa kompromi, termasuk tindakan buang kerja, terhadap kakitangan yang melakukan kesalahan.

“Pihak jabatan tidak akan berkrompomi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.