Zahidi lepas jawatan pengerusi Risda bila ada lantikan baru

Zahidi lepas jawatan pengerusi Risda bila ada lantikan baru

Wakil rakyat BN ini akan kekal sebagai pengerusi Risda sehingga diarah kerajaan untuk meletakkan jawatan.

Free Malaysia Today
Zahidi Zainul Abidin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Datuk Zahidi Zainul Abidin akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bila ada perlantikkan baru, susulan kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihan raya 9 Mei lepas yang menyaksikan gabungan itu hilang kuasa di Putrajaya.

“Saya tunggu arahan selanjutnya untuk letak jawatan. Bukan saya seorang sebab semua lantikan politik kita tunggu masa untuk letak jawatan,” katanya ketika ditanya status jawatan beliau selepas pertukaran kerajaan.

Ahli Parlimen Padang Besar ini dilantik sebagai pengerusi Risda pada September 2015. Badan itu bernaung bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Kami sekarang tidak ke pejabat, cuma kita terlibat program-program yang perlu sahaja. Kita tunggu lantikkan baru untuk serah tugas,” katanya kepada FMT ketika ditanya status kedudukannya sebagai pengerusi Risda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.