
Bekas ketua Wanita Umno itu menggesa rakyat tidak memfokuskan jantina, sebaliknya menumpukan kualiti calon yang dilantik.
“Saya fikir ramai tidak dengar apa yang saya katakan sebelum ini mengenai perkara ini. Jangan kita bercakap mengenai nombor, cakap tentang kualiti.
“Semoga calon terbaik berada di sana untuk memimpin dan melakukan apa yang perlu untuk negara ini. Saya tidak peduli sama ada lelaki atau wanita atau di antaranya, jika ada.
“Ia adalah orangnya, output, sistem nilai yang dipegang orang itu lebih penting,” katanya dalam wawancara dengan radio BFM hari ini.
Rafidah turut meminta rakyat tidak mempertikaikan perkara itu kerana hanya 2 tahun lagi menjelang 2020.
“Ketika kita berdebat mengenai isu ini, kita akan mendapat calon kurang baik.”
Pakatan Harapan menerusi manifesto pilihan rayanya berjanji akan melantik 30% wanita dalam Kabinet. Banyak pertubuhan dan aktivis menuntut kerajaan baru memenuhi janjinya.