Shahrizat tak tawar diri pemilihan Umno cawangan, bahagian

Shahrizat tak tawar diri pemilihan Umno cawangan, bahagian

Shahrizat tidak menawarkan diri dalam pemilihan Ketua Wanita Umno Cawangan Sri Helang dan Bahagian Kepong.

Free Malaysia Today
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. (Gambar facebook)
PETALING JAYA:
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan beliau tidak menawarkan diri untuk pemilihan ketua Wanita Umno cawangan Sri Helang dan bahagian Kepong.

“Saya telah mengumumkan dalam ucapan perasmian saya bahawa saya tidak menawarkan diri sebagai ketua Wanita Umno cawangan Sri Helang dalam pemilihan peringkat wanita cawangan hari ini.

“Saya juga telah maklumkan kepada semua ahli Wanita Umno bahagian Kepong yang hadir, saya tidak akan menawarkan diri sebagai ketua Wanita Umno bahagian Kepong dalam pemilihan wanita Umno bahagian pada kali ini,” katanya di Facebook.

Shahrizat dalam masa sama berharap ini ini akan membantu perubahan dan pembaharuan dalam Umno melalui pelantikan pemimpin baru dengan idea segar dan perspektif baru.

“Saya akan terus bersama membantu Wanita Umno Bahagian Kepong pada waktu dan keadaan yang memerlukan mengikut keupayaan saya,” katanya.

Semalam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan semua jawatan yang dinyatakan dalam perlembagaan Umno akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang termasuk presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

Pemangku presiden Umno itu berkata Umno perlukan transformasi maka tidak timbul soal tidak mempertandingkan jawatan tertentu seperti didakwa sebelum ini.

Semua jawatan tertinggi Umno akan dipertandingkan, kata Zahid

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.