

Bercakap kepada FMT, Lee, yang pernah penyokong gerakan #UndiRosak, berkata adalah mengecewakan jika gabungan itu gagal memenuhi ikrar yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.
Katanya, rakyat memilih kerajaan baru dan mahu ia bertanggungjawab dan mendengar rungutan mereka.
“Saya puji reformasi yang sudah dilaksana hampir serta-merta, seperti kebebasan media, perdana menteri tidak memegang lebih daripada satu portfolio dan lain-lain lagi.
“Saya memang memperakui reformasi itu, dan saya gembira.”
Bagaimanapun, katanya, setakat ini, janji untuk memberikan minimum 30% perwakilan wanita dalam Kabinet masih belum dipenuhi oleh PH atau kerajaan negeri bawah gabungan itu.
“Selangor mempunyai 2 exco wanita. Pulau Pinang pula lagi teruk, hanya seorang exco wanita.
“Hakikatnya, 51% daripada pengundi ialah wanita. Tetapi kita tiada walau minimum 30% perwakilan wanita dalam kerajaan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PH.”
Lee, yang menjadi sebahagian daripada kempen dalam talian untuk memboikot kedua-dua Barisan Nasional dan PH, berkata kemenangan PH pada PRU14 sesuatu yang harus diraikan.
“Bukan pro-Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak bermaksud saya tidak pro-demokrasi.
“Saya memperakui sepenuhnya rakyat mengundi untuk perubahan dalam kerajaan, dan ia satu perkara baik,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata masih terlalu awal untuk melihat sama ada kerajaan baru lebih baik berbanding yang dahulu.
Beliau juga mahu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya memegang portfolio timbalan perdana menteri.
“Saya tidak rasa perdana menteri dan timbalan perdana menteri harus memegang lebih daripada satu portfolio.
“Beliau pernah menyebut sebelum ini dalam temu bual televisyen antarabangsa, beliau tidak kisah memegang jawatan itu untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan ia sememangnya kelihatan seperti Anwar yang mengawal keadaan baginya.
“Saya rasa itu langsung tidak adil baginya. Saya berpendapat beliau sangat berpotensi menjadi ahli politik yang mengagumkan, tanpa Anwar.”