
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia meliputi semua perkhidmatan dan barang yang dikeluarkan di dalam negara serta diimport.
“Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan GST.”
Katanya, peniaga berdaftar perlu mematuhi arahan itu dan mereka masih tertakluk kepada semua peraturan semasa, termasuk pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.
“Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.”
GST mula dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional sejak 1 April 2015 pada kadar 6%.