PPBM batal himpunan desak TV3 mohon maaf aib Dr M

PPBM batal himpunan desak TV3 mohon maaf aib Dr M

Setiausaha Jabatan Penerangan PPBM Selangor berkata, himpunan di luar Sri Pentas terpaksa ditunda bagi mengelakkan ia menenggelamkan isu pembebasan Anwar Ibrahim.

Free Malaysia Today
Anggota polis dikerahkan mengawal keselamatan di luar Sri Pentas di Bandar Utama, hari ini.
PETALING JAYA:
Lapan anggota polis dikerahkan mengawal keadaan di luar stesen televisyen TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, selepas dimaklumkan PPBM Selangor bercadang mengadakan himpunan di sana.

Setiausaha Jabatan Penerangan PPBM Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Saifulnizam berkata, himpunan itu bertujuan menuntut TV3 dan Media Prima Bhd memohon maaf secara terbuka atas laporan mereka yang mengaibkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya Rabu lalu.

“Sebagai satu langkah keprihatinan, kita wajar mengambil langkah mempertahankan pemimpin kita yang kita sayangi dan pihak TV3 serta Media Prima seolah-olah membaling batu sembunyi tangan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun, beliau berkata, himpunan di luar Sri Pentas terpaksa ditunda atas arahan PPBM Pusat.

“Jika kita lakukan himpunan hari ini, ia akan menenggelamkan isu ini kerana ketika ini semua fokus kepada isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Perdana Menteri, Dr Mahathir sebelum ini dilapor menyuarakan komitmennya untuk memperjuangkan kebebasan media dan tidak seperti kerajaan sebelum ini yang didakwa mengekang media.

PH menerusi manifesto pilihan rayanya berjanji akan memperjuangkan kebebasan media supaya ada aspek semak dan imbang dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, TV3 sebab pemberitaan menghina tun dr mahathir mohamad ketika kerajaan sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.