Sertai PH atau tidak, tunggu Rabu depan, kata PBB

Sertai PH atau tidak, tunggu Rabu depan, kata PBB

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, partinya akan bermesyuarat penuh Rabu depan tentukan hala tuju.

Free Malaysia Today
(Gambar youtube)
KUCHING:
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat menentukan hala tuju parti itu Rabu depan, dengan dihadiri semua anggota Majlis Kerja Tertinggi PBB, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Sebarang keputusan tunggu sahaja Rabu ini,” katanya ringkas di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Terdahulu, Awang Tengah yang juga timbalan presiden PBB, merasmikan Persidangan Antarabangsa Infrastruktur ICT dan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2018.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat itu melibatkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional serta penyertaan bersama Pakatan Harapan, beliau meminta media agar menunggu keputusan itu pada hari tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.