GST mesti dihapuskan, kata Guan Eng kepada kastam

GST mesti dihapuskan, kata Guan Eng kepada kastam

Menteri kewangan baru berkata beliau mengambil maklum tentang 'sokongan bersemangat' kepada cukai itu, tetapi kerajaan akan penuhi janji pilihan rayanya.

GEORGE TOWN:
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan mengambil maklum sokongan “bersemangat” kepada GST yang dilaksanakan oleh kastam, tetapi akan tetap memansuhkannya.

Beliau berkata, pembatalan GST salah satu janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan penghapusan cukai penggunaan itu keutamaan kerajaan sekarang. “Bagaimanapun arahan tidak boleh dibuat sehingga saya mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan. Kita ambil maklum tentang ‘sokongan bersemangat’ kepada GST oleh kastam,” katanya.

Lim berkata demikian ketika menjawab soalan media sama ada beliau telah mengarahkan jabatan berkenaan membatalkan cukai tersebut.

Baru-baru ini sebuah kumpulan pemikir menggesa penambahbaikan dibuat ke atas mekanisme GST sedia ada, dan tidak menghapuskannya.

Ali Salman, pemangku ketua Institut Demokrasi dan Hal ehwal Ekonomi (Ideas), berkata GST bukanlah punca kenaikan harga barang.

Beliau berkata, analisis institut ke atas indeks harga pengguna menunjukkan kos hidup meningkat bukan kerana cukai tersebut, yang merupakan langkah pengurusan fiskal yang penting. GST menghasilkan sebanyak RM44 bilion pendapatan kepada kerajaan tahun lepas.

Katanya, langkah ke depan ialah dengan menambahbaik mekanisme GST, bukannya melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diamalkan sebelum ini. Ia hanya menghasilkan kutipan sebanyak RM17 bilion.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.