Saya masih ketua menteri Sabah, kata Musa Aman

Saya masih ketua menteri Sabah, kata Musa Aman

Beliau juga berkata tiada sesiapa dalam anggota kabinet negeri yang baharu dilantik meletakkan jawatan.

Free Malaysia Today
Musa berkata dia mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri hari ini. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Tan Sri Musa Aman hari ini menafikan laporan kononnya beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Sabah selepas baru dilantik.

Musa juga berkata tiada sesiapa dalam anggota Kabinet baharu dilantik meletakkan jawatan.

“Biar saya jelaskan untuk rekod bahawa tiada sesiapa yang meletakkan jawatan sama ada saya, mahupun anggota kabinet negeri.

“Bahkan, saya baharu saya mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas tamat pilihan raya umum,” katanya malam tadi.

Musa mengulas pelbagai kenyataan dalam media sosial dan media arus perdana yang mendakwa beliau meletakkan jawatan ketua menteri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata beliau serta anggota kabinet negeri mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing pada 10 Mei selepas BN dan Parti Solidariti Tanah Airku bersetuju menubuhkan kerajaan campuran dengan majoriti mudah sebanyak 31 kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.