Trump ucap tahniah kepada Dr M atas kemenangan PRU14

Trump ucap tahniah kepada Dr M atas kemenangan PRU14

White House berkata pihaknya tidak sabar meneruskan kerjasama rapat dengan Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan antara AS dan Malaysia yang komprehensif.

Free Malaysia Today
Trump turut mengucapkan tahniah kepada ‘rakyat Malaysia menyertai kempen pilihan raya yang sangat sengit dan aman’. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai perdana menteri Malaysia ke-7.

Dalam satu mesej pendek, White House berkata Trump juga mengucapkan tahniah kepada “rakyat Malaysia atas penyertaan mereka dalam kempen pilihan raya yang sangat sengit dan aman”.

White House berkata hubungan antara AS dan Malaysia adalah hasil daripada ikatan yang sudah lama terjalin, berkongsi nilai demokratik dan hubungan komersial.

“AS tidak sabar untuk meneruskan kerjasama rapat dengan Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan antara AS dan Malaysia yang komprehensif serta menangani cabaran antarabangsa dan serantau,” tambahnya lagi.

Walaupun wujud beberapa percanggahan berkenaan hak asasi manusia dan dasar asing AS, Malaysia dan AS selama ini mempunyai hubungan baik, dan sentiasa bekerjasama dalam pelbagai isu. Hubungan ini semakin baik ketika AS di bawah pimpinan Barack Obama.

Hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia terjalin pada 31 Ogos 1957, apabila AS menaikkan status konsulat jeneral di Kuala Lumpur kepada kedutaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.