
“Saya mengadakan perbincangan yang cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya bersedia bekerjasama dengan menteri besar dan kerajaan negeri yang baharu,” kata Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim sebelum itu menerima menghadap pengerusi Pakatan Harapan Johor itu di Istana Pasir Pelangi dan perbincangan berlangsung selama 90 minit “dalam suasana penuh mesra”, menurut kenyataan itu.
Menurut sumber, Muhyiddin menemui Sultan Ibrahim untuk menyerahkan 3 nama calon menteri besar dan pembentukan kerajaan negeri. Dikatakan 3 nama yang dicalonkan ialah Naib Pengerusi PH Johor, Salahuddin Ayub; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; dan Setiausaha PH serta PPBM Johor, Datuk Osman Sapian.
PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN. Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi dan PAS 1 kerusi..