
“Semasa Tun Daim jadi menteri, dia tak pernah turun ke bawah. Sekarang ini saja. Jadi orang tak berapa kenal sangat dia,” katanya ketika menghadiri sebuah program rumah mampu milik di sini.
Khaled berkata beliau tidak terkejut dengan penglibatan Daim dan Tan Sri Rafidah Aziz bersama pembangkang, kerana tahu mereka sudah lama tidak serasi dengan kepimpinan sekarang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali turut menganggap penyertaan beberapa tokoh veteran Umno dalam kempen pembangkang tidak memberi impak kepada sokongan terhadap BN.
“Harus ingat bahawa mereka adalah barisan kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dulu,” katanya kepada FMT.
“Kalau Dr Mahathir pun rakyat sudah tolak sekarang, jangankan lagi menteri dia.”