Kedah ditiup angin perubahan?

Kedah ditiup angin perubahan?

Pengerusi PH Kedah, Mukhriz Mahathir berkata, masyarakat Siam dan Melayu kini menyokong pembangkang.

Free Malaysia Today
Mukhriz Mahathir terharu dengan sokongan masyarakat Siam di Kedah.
KUBANG PASU:
Adakah angin perubahan sedang bertiup di Kedah? Walaupun agak awal, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melihat tanda positif perubahan sikap masyarakat Siam di negeri itu.

Beliau berkata, masyarakat itu bukan sahaja menjadi penyokong, tetapi turut menjadi ahli dan aktivis PH.

“Ia berita baik untuk PH dan memberi harapan kepada kami. Ini berita buruk bagi Umno dan Barisan Nasional (BN). Apabila undi orang Siam beralih kepada kami, itu petunjuk baik bagaimana pengundi lain akan mengundi,” katanya kepada FMT.

Orang Siam mewakili 10% daripada keseluruhan pengundi di Kedah.

Mukhriz berkata, beliau bercakap dengan masyarakat Siam di Kampung Kota Giam tentang langkah serius ke arah pembasmian kemiskinan di Kedah, yang merupakan negeri ke-2 termiskin di Malaysia.

“Pada zaman ini, tidak patut ada orang yang hidup di bawah garis kemiskinan dan lebih teruk lagi. Ia adalah kewajipan kerajaan, tidak kira siapa pun, yang kita perlu kita membasmi kemiskinan dan memastikan rakyat mempunyai pendapatan mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka.

“Jelas BN gagal sama sekali dalam hal ini. Kami mahu mengatasi masalah itu,” katanya.

Ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) memasuki fasa terakhir, Mukhriz dikejutkan dengan sambutan hangat daripada pengundi, terutamanya masyarakat Melayu.

Sebelum ini, orang Melayu kelihatan ragu-ragu dan tidak mahu mengaku mereka menyokong PH.

“Tetapi kini kita melepasi fasa penamaan calon dan beberapa hari sebelum mengundi (pada 9 Mei ini). Mereka menunjukkan sikap lebih terbuka. Mereka tiada masalah mendekati kami dan menyatakan sokongan mereka.

“Ini adalah perubahan penting. Saya amat yakin kita bukan sahaja akan mendapat undi orang Cina, India dan Siam, tetapi lebih penting daripada orang Melayu.

“Undi orang Melayu kritikal dan ia sedang bertambah.”

Anak pengerusi PH dan bekas perdana menteri itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan timbalan presiden PPBM. Beliau adalah bekas menteri besar Kedah sebelum disingkirkan pada 2016.

Pada PRU 2013, BN memenangi 10 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah, dan 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Baki 7 kerusi DUN disandang PAS dan dan PH (9).

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.