
Semalam, 3 ahli Amanah dari Kedah mendakwa Mat Sabu terbabit dalam hubungan luar nikah dan memberi 36 jam kepada ahli politik veteran itu menjelaskan satu perbualan WhatsApp kurang sopan dan 2 rakaman audio.
Jurucakap mereka, Rizal Bakar berkata, beliau menerima rakaman audio dan tangkap layar perbualan WhatsApp itu kira-kira seminggu lalu, di mana ia ditinggalkan di cermin depan keretanya.
Perbualan WhatsApp itu didakwa berlaku Julai tahun lalu.
Mat Sabu dalam reaksi segera menafikan dakwaan itu dan beliau yang tidak terkejut dengan dakwaan itu, akan merujuk perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Katanya, beliau tidak kenal 3 lelaki yang mengadakan sidang media semalam.
Dalam sidang media di ibu pejabat Amanah hari inni, Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, parti itu sudah memeriksa senarai keahliannya, tetapi tidak menemui nama Rizal Bakri.
“Kami menghubungi cawangan kami di Kuala Kedah untuk memastikannya dan mereka turut menafikan ada ahli bernama Rizal Bakri.”
Kerdee berkata, mereka menemui beberapa percanggahan dalam kenyataan Rizal dalam sidang media yang dirakamkan Agenda Daily.
“Pada minit 16.36, beliau kata ialah ahli ‘PAN’. Ahli Amanah tak pernah guna istilah ‘PAN’, kami rujuk parti sama ada dengan nama penuh atau Amanah.
“Pada minit 18.31, beliau kata dari bahagian Kuala Kedah. Kami tiada bahagian Kuala Kedah, kami ada cawangan Kuala Kedah.”
Kerdee yang juga peguam berkata, Rizal semalam memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam 36 jam.
“Mengikut pengiraan kami, itu bermakna sidang media berikut akan diadakan 3 pagi esok.”
Beliau mencabar Rizal dan 2 lagi lelaki itu mendedahkan nama sebenar mereka pada sidang media berikut.
“Mungkin ada Mohammad dalam namanya. Tolong berikan nama sebenar anda.”
Beliau turut menyaran Rizal menyediakan skrip sebelum mengadakan sidang media berikut.
“Sebagai peguam, kami akan memberi perhatian penuh ke atas setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.”
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14
Mat Sabu tak kisah selepas ahli Amanah pamer perbualan seksi