Najib: DAP tunjuk belang dengan pengumuman menteri Kabinet

Najib: DAP tunjuk belang dengan pengumuman menteri Kabinet

Najib berkata ia jelas menunjukkan parti mana sebenarnya pegang kuasa dalam Pakatan Harapan dan yang lain tu pak turut saja.

Free Malaysia Today
Najib menerusi laman Twitter semalam mempersoalkan pengumuman Lim Guan Eng kerana beliau bukanlah calon perdana menteri PH.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata DAP sudah menunjukkan belangnya dengan mengumumkan 2 ahli parti itu sebagai calon menteri Kabinet.

Najib menerusi laman Twitter semalam mempersoalkan pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana ketua menteri Pulau Pinang itu bukanlah calon perdana menteri dipilih Pakatan Harapan (PH).

Calon perdana menteri PH adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kuasa mutlak bagi menentukan calon menteri kabinet terletak pada perdana menteri, kata Najib.

“Jelas parti mana yang sebenarnya pegang kuasa dalam Pakatan Harapan, yang lain tu pak turut saja,” katanya.

Baru-baru ini, Lim mengumumkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebagai calon menteri Kabinet jika masing-masing menang kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak dan kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.