Penjara baru untuk tahanan POCA di Bagan Datuk, kata Zahid

Penjara baru untuk tahanan POCA di Bagan Datuk, kata Zahid

Timbalan perdana menteri berkata, sekarang hanya ada di Simpang Renggam dan akan dibina sebuah lagi untuk tahanan POCA di Bagan Datuk.

BAGAN DATUK:
Sebuah penjara khas khusus untuk menempatkan tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) akan dibina di Bagan Datuk, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata pembinaan penjara itu telah diluluskan oleh Kabinet.

Beliau berkata ketika ini penjara khas untuk tahanan POCA hanya ditempatkan di Simpang Renggam, Johor.

“Sekarang ini hanya ada di Simpang Renggam dan kita akan bina sebuah lagi untuk tahanan POCA di Bagan Datuk.

“Saya bukan nak masuk bakul angkat sendiri tetapi sejak saya menjadi Menteri Dalam Negeri, kadar jenayah (di negara ini) turun sebanyak 53% … (dan) itu sebab saya hendak bina penjara di sini supaya kadar jenayah dapat dikurangkan lagi,” katanya ketika berucap sempena lawatan ke pusat daerah mengundi (PDM) Teluk Buloh semalam.

Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengandungi janji membina penjara khas untuk menempatkan kira-kira 1,000 tahanan POCA dan tahanan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.