
“Kami percaya calon kami boleh mengalahkan (Barisan Nasional). Jika tidak, sekurang-kurangnya beliau setanding Mustapa,” kata sumber itu kepada FMT yang enggan mendedahkan identiti pesara itu.
Katanya, PPBM sudah melakukan kerja lapangan dan merasakan pesara itu calon sesuai, walaupun berdepan pertarungan 3 penjuru melawan PAS dan BN.
“Calon kami tinggal di Jeli, itu kriteria penting untuk pemilihannya. Pengundi lebih suka ahli Parlimen yang senang ditemui,” kata sumber itu.
Mustapa yang lebih dikenali dengan gelaran Tok Pa di Kelantan, pertama kali menang di kerusi Parlimen Jeli pada 1995 selepas mengalahkan calon Semangat 46, Zianon Abdin Ali.
Bagaimanapun, beliau kalah kepada Mohd Apandi Mohamed dari PAS pada 1999. Beliau merampas semula kerusi itu pada 2004 dan berjaya mempertahankannya pada 2008 dan 2013.
PAS dijangka meletakkan Apandi sekali lagi di kerusi itu yang mempunyai 98% pengundi Melayu.