Musa: Pengundi mesti pertahan Sandakan sebagai kubu BN

Musa: Pengundi mesti pertahan Sandakan sebagai kubu BN

Pengerusi BN Sabah berkata tradisi itu harus dikekalkan.

Free Malaysia Today
Musa Aman menyeru rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan propaganda pembangkang.
KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menggesa pengundi di Batu Sapi memastikan Parlimen Sandakan kekal kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Berucap dalam satu majlis di situ, beliau mengingatkan penduduk supaya terus mengundi calon BN pada pilihan raya akan datang.

“Kita perlu pastikan calon BN di kawasan ini terus menang seperti PRU lepas,” kata Musa.

“KIta berbangga Batu Sapi merupakan kubu BN untuk tempoh yang lama dan tradisi ini perlu dikekalkan.”

Pengerusi BN Sabah itu menggesa rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan propaganda pembangkang.

“Sejak dalam Usno lagi, saya tidak pernah khianati parti dan saya pasti penduduk Batu Sapi akan kekal setia.

“Kerajaan komited membantu rakyat, jadi jangan khianati pemimpin kerajaan. Jangan rosakkan imej parti dan menjadi tanggungjawab kita memastikan pemimpin kita terus berkuasa,” katanya.

Menteri kewangan Sabah dan Adun Sungai Sibuga berkata, setia kepada parti sama seperti setia kepada keluarga.

“Kita ada pelbagai kumpulan etnik di Sabah dan hidup dengan aman serta menghormati satu sama lain,” katanya.

“Kita semua sama dan tidak boleh dipecahkan oleh sesiapa pun. Kita satu keluarga besar.

“Jadi menjadi ahli Umno seperti berada dalam satu keluarga besar. Ia mesti dihargai. Sekali Umno, tetap Umno.”

Musa berkata kesetian kepada kerajaan tradisi warisan rakyat Sabah sejak sekian lama.

Wakil BN, Linda Tsen merupakan penyandang Parlimen Batu Sapi, yang terdiri daripada DUN Sekong dan Karamunting yang juga diwakili BN.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.