
MUAR: “Kita ada strategi yang dia tidak tahu,” demikian respons penyandang kerusi Parlimen Ledang terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu bertanding di DUN Gambir.
Datuk Hamim Samuri berkata, strategi mutakhir yang dirancang itu bagi memastikan kekalahan mana-mana calon pakatan pembangkang di Parlimen berkenaan.
“BN ada strategi tertentu pastikan mereka kalah 9 Mei ini.
“Muhyiddin pun tahu sebab dia pernah jadi timbalan presiden, tapi ada strategi mutakhir yang dia tidak tahu,” katanya selepas merasmikan Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang di Bukit Gambir hari ini.
Presiden PPBM dalam satu majlis di Bukit Gambir semalam memberi bayangan akan bertanding di DUN Gambir selain bertanding di Parlimen.