Putrajaya isytihar 9 Mei cuti umum

Putrajaya isytihar 9 Mei cuti umum

Ini bagi memudahkan rakyat mengundi pada PRU14.

PETALING JAYA:
Putrajaya mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengumuman itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 untuk menjadikan hari mengundi sebagai cuti “ad hoc”.

“Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, katanya, pengumuman itu hanya untuk Semenanjung Malaysia dan Labuan, manakala kerajaan Sabah dan Sarawak perlu mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 28 April ini sebagai hari penamaan calon dan 9 Mei sebagai hari mengundi.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.