9 Mei cuti khas semua sekolah, kata menteri

9 Mei cuti khas semua sekolah, kata menteri

Menteri pendidikan berkata, sebanyak 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan.

KUALA LUMPUR:
Semua sekolah dalam negara diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini yang merupakan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, sebanyak 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan.

“Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah, mereka bekerja,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan tarikh pengundian PRU14 ditetapkan pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal pada 5 Mei.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14.

Hari mengundi 9 Mei, 11 hari berkempen

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.