
Nizam yang juga ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah itu berkata, tindakan pembangkang itu hanya mahu meraih undi simpati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, kadar kemiskinan penduduk Sabah pada 2009 direkodkan sebanyak 19.7%, tetapi pada 2016 menurun kepada 2.7%.
“Sebab kenapa kadar kemiskinan kita boleh menurun kerana Sabah berada di landasan betul di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
“BN melaksanakan pelbagai inisiatif membantu mengurangkan kadar kemiskinan rakyat, antaranya pemberian geran komunal untuk diusahakan penduduk,” katanya ketika berucap merasmikan mini festival belia serta majlis penyerahan dana cek khas ihsan “Youth Entrepreneurship Scheme Sabah” (YESS) dan “Youth Excellence in Sport Scheme Sabah” (YESSS) di sini, semalam.
Pada majlis itu, seramai 157 usahawan muda dari Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu menerima dana antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang untuk membangunkan perniagaan kecil-kecilan.
Sementara itu, Nizam turut meminta belia Tawau terus fokus memajukan diri dan tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang, sebaliknya teguh bersama BN.