Bicara kes pengubahan wang haram Jabatan Air Sabah ditangguh ke Mei

Bicara kes pengubahan wang haram Jabatan Air Sabah ditangguh ke Mei

Surat bertarikh 28 Mac daripada Mahkamah Sesyen menyatakan perbicaraan yang dijadualkan hari ini, dijadualkan semula ke 7 hingga 11 Mei.

Free Malaysia Today
Gambar Youtube.
KOTA KINABALU:
Perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan 3 individu lagi ditangguhkan ke bulan depan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak pendakwaan dan pembelaan menerima surat bertarikh 28 Mac daripada Mahkamah Sesyen bahawa perbicaraan itu yang dijadualkan bermula hari ini, dijadualkan semula ke 7 hingga 11 Mei.

Perbicaraan itu dijangka didengar di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, isterinya, Fauziah Piut, 51, bekas Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong, 52, dan seorang lagi bekas timbalan pengarah Lim Lam Beng, 62, akan dibicarakan atas 183 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM100 juta.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu melalui penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan projek yang dibiayai oleh JANS antara 2010 dan 2016.

Bicara serentak kes pengubahan wang haram Jabatan Air Sabah 30 Jan

Bekas pengarah jabatan air di Sabah, isteri, mohon semakan kehakiman

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.