
Ahli PPBM Bahagian Merbok Zulkifli Ahmad mendakwa maklumat dihantar oleh Setiausaha Kerja PPBM Muhammad Suhaimi Yahya mengenai mesyuarat agung bahagian dan cawangan parti itu kepada JPPM pada 29 Mac lepas adalah palsu.
Zulkifli membuat laporan polis selepas menonton kilp video yang memaparkan Muhammad Suhaimi menghantar laporan seperti yang diminta RoS yang dimuat naik dalam Facebook rasmi PPBM .
Beliau mengesyaki apa yang dihantar Muhammad Suhaimi itu laporan palsu serta menipu JPPM dan ahli PPBM.
“Saya mempunyai hubungan baik dengan ketua bahagian PPBM Merbok, namun seingat saya, tidak pernah ada mesyuarat agung bahagian pada tahun 2017 dan saya hairan bagaimana atau perwakilan mana yang PPBM Merbok hantar ke persidangan parti hujung tahun lalu,
“Justeru memohon pihak polis menyiasat perkara ini demi keadilan kepada kami sebagai ahli parti PPBM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.