
Akhbar Australia, The Age, melaporkan lelaki 27 tahun itu dari Kuala Lumpur dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne pada 22 Mac.
Pegawai Angkatan Sempadan Australia (ABF) menemui bahan tersebut dalam komputer riba dan telefon bimbitnya semasa memeriksa bagasinya.
Lelaki itu yang direman di Mahkamah Majistret Melbourne pada hari berikutnya, dituduh mengimport bahan eksploitasi kanak-kanak dan akan direman sehingga 29 Jun.
“Kanak-kanak dibahayakan oleh mereka yang mengeluarkan bahan amat dibenci ini, dan mereka yang menggunakan bahan eksploitasi kanak-kanak mewujudkan pasaran yang menggalakkan perdagangan teruk ini.
“Melalui risikan dan teknik sasaran, pegawai terlatih kami secara aktif memberkas mereka yang membawa masuk bahan eksploitasi kanak-kanak ke Australia,” kata komander siasatan ABF, Mark Antill.