TMJ cadang Yusof Mahadi jadi pemangku presiden FAM

TMJ cadang Yusof Mahadi jadi pemangku presiden FAM

Tunku Ismail berkata, Yusof Mahadi paling layak menerajui FAM, diikuti Setiausaha Agung FAM, Hamidin Mohd Amin yang berkhidmat untuk bola sepak negara sejak sekian lama.

Free Malaysia Today
Gambar Facebook
PETALING JAYA:
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, mencadangkan timbalannya, Datuk Yusof Mahadi memangku jawatan itu sehingga Kongres FAM ke-64 diadakan pada 14 Julai ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, Yusof paling layak menerajui FAM, diikuti Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang berkhidmat untuk bola sepak negara sejak sekian lama.

Tunku Ismail yang baru dipilih sebagai pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berjanji akan menyokong Hamidin, jika beliau dipilih sebagai presiden FAM, bagi memastikan pendapatan badan induk bola sepak negara itu terjamin.

“Jika kita lihat Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) juga, presiden juga datang dari kalangan setiausaha agung kerana mereka amat memahami sistem pentadbiran bola sepak.

“Saya juga mempunyai hubungan amat baik dengan Datuk Hamidin dan ini akan memudahkan lagi kerjasama antara FAM dan MFL.

“Saya berharap semua ahli gabungan akan menyokong Datuk Hamidin sebagai presiden FAM,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebook FAM sebentar tadi.

Tunku Ismail dilantik sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Hari ini, beliau mengumumkan keputusan meninggalkan FAM kerana kecewa dengan segelintir pihak yang tidak menghargai usahanya untuk meningkatkan mutu bola sepak negara dan menilai beliau berdasarkan prestasi semasa skuad kebangsaan.

Katanya, beliau juga tidak mahu membuang masa berkhidmat kepada pihak yang “kurang pandai”.

TMJ sah tinggalkan FAM, kecewa usaha tak dihargai

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.