Lagu GST: Guan Eng kecam dwi standard BN

Lagu GST: Guan Eng kecam dwi standard BN

Ketua menteri berkata tiada tindakan diambil apabila Tengku Adnan Mansor apabila murid-murid sebuah sekolah menyanyikan lagu Umno sambil mengibarkan bendera Umno.

lim-guan-eng-fmt-1-os-1PETALING JAYA: Kejadian baru-baru ini menunjukkan dwi standard diamalkan oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim merujuk kepada kritikan dilontarkan terhadapnya oleh menteri BN kerana mengikut rentak lagu yang mencemuh GST di satu acara yang dihadiri kanak-kanak di satu pangsapuri hujung minggu lepas.

Kanak-kanak itu menghadiri acara perasmian kelas tuisyen percuma tajaan kerajaan negeri.

Lim berkata reaksi daripada BN berbeza dengan respon kepada kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ke sebuah sekolah rendah di Putrajaya tahun lepas.

Beliau berkata, tidak seperti Tengku Adnan, dia tidak melawat sekolah tetapi kanak-kanak di satu pangsapuri pada hujung minggu.

“Jika ianya salah, jadi mengapa ia dibolehkan untuk Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor pergi ke sekolah rendah di Putrajaya tahun lepas dan murid-murid terpaksa menangguh sebentar pembelajaran mereka untuk menyanyikan lagu Umno sambil mengibarkan bendera Umno?

“Mengapa tiada siasatan dijalankan terhadap Tengku Adnan atas kesalahan lebih serius dan menjelikkan?”

Beliau merujuk kepada laporan polis dibuat terhadapnya kerana didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politik.

Lim berkata Kementerian Pendidikan sebelum ini mewajarkan kelas murid-murid diganggu Tengku Adnan.

“Saya sudah mengemukakan isu ini di Dewan Rakyat.

“Jawapan daripada kementerian pada masa itu adalah program di sekolah rendah di Putrajaya itu tidak bersifat politik, dan bertemakan kemerdekaan negara,” kata Lim.

“Tindakan terhadap saya berkenaan lagu anti-GST itu, dan juga cadangan bagi projek terowong dasar laut dari Bagan Datuk ke Sumatera bernilai RM78 bilion, mmbuktikan BN dipenuhi dwi standard dan tidak mempunyai prinsip dan maruah .”

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap tentang cadangan terowong dasar laut menghubungkan Parlimen Bagan Datuk, Perak dengan Indonesia oleh sektor swasta.

“Pengumuman BN mengejutkan apabila mengambil kira mereka cuba mensabotaj terowong dasar laut di Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas antara pulau itu dan tanah besar.

“Jadi, niat BN untuk melancarkan sabotaj ke atas projek terowong dasar laut telah memulakan pemburuan politik yang kejam, mendakwa ada korupsi melibatkan berjuta ringgit dibayar kepada pemimpin kerajaan Pulau Pinang,” kata setiausaha agung DAP itu.

Bekas pemimpin, ahli DAP lapor polis berhubung video Guan Eng

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.