
Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata peruntukan itu bermula sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri pada April 2009 dan sehingga kini 400 sekolah mubaligh mendapat manfaat daripada inisiatif itu.
“Kerajaan menghargai peranan sekolah mubaligh, kerana ia antara paling awal menyediakan pendidikan terbaik di negara ini. Hakikatnya, kerajaan memberi sokongan berterusan kepada sekolah mubaligh dalam menghargai sumbangannya yang tidak ternilai dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan persidangan ke-7 Pendidik Lasallian 2018 (MaLEC 2018).
Sementara itu, 120 delegasi dari seluruh Semenanjung Malaysia menghadiri edisi ke-7 MaLEC itu yang berfokuskan pendidikan untuk keamanan, keadilan dan kemanusiaan yang mencerminkan falsafah yang mendasari pendidikan Lasallian.
Persidangan itu mengupas beberapa topik seperti sekolah sebagai komuniti pembelajaran profesional, mengubah bilik darjah menggunakan alat pintar, trend dan cabaran.