
PETALING JAYA: Penduduk di Banda Aceh, Indonesia menyerbu sebuah salon kecantikan dan menahan 2 lelaki yang didakwa mengadakan hubungan seks sejenis.
Ketua Bahagian Syariah Agensi Peraturan Awam, Evendi A Latif dipetik The Jakarta Post berkata, kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan dan kes itu disiasat polis syariah.
Menurut laporan itu, seorang lelaki dan transgender yang ditahan itu akan disiasat di bawah Perkara 26 Qanun Jinayat (undang-undang syariah Aceh) yang memperuntukkan hukuman 100 sebatan.
Bagaimanapun, 2 suspek itu menafikan dakwaan tersebut ketika disoal siasat.
Evendi berkata, penduduk mendakwa salon itu sering dijadikan tempat pertemuan pasangan gay dan menimbulkan kekacauan di kawasan berkenaan.