Kerajaan akui sukar banteras ‘judi halal’

Kerajaan akui sukar banteras ‘judi halal’

Apa yang boleh dilakukan ialah mengurangkan kelulusan lesen, kata timbalan menteri.

Masir-Kujat-twitter
Gamabar Twitter
KUALA LUMPUR:
Kerajaan mengakui sukar untuk menarik balik lesen perjudian yang diluluskan termasuk kasino di Genting Highlands, tetapi sekadar boleh mengurangkannya pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat.

“Memang kita ketahui umum lesen seperti Pusat Hiburan Keluarga (PSK) dan lesen perjudian seperti di Genting sudah diberi, susah nak patahkan. Yang pasti kita bincang di masa hadapan. Kalau nak haramkan sepenuhnya agak sukar,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang mahu tahu sama ada kerajaan akan menarik balik lesen judi di seluruh negara.

Masir berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pihak polis telah menyerbu sebanyak 27,203 premis perjudian tanpa lesen di seluruh negara sejak 2017, dengan tangkapan 36,114 orang melibatkan pemain, penjaga premis dan penganjur aktiviti perjudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.