
LONDON: Ahli fizik terkemuka Britain, Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata seorang jurucakap keluarganya pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.
Profesor itu meninggal dunia dengan tenang ketika tidur di kediamannya di Cambridge, London, kata jurucakap tersebut.
Hawking, tokoh legenda dalam sejarah moden fizik, menghasilkan beberapa karya laris berkaitan sains termasuk “A Brief History of Time,” meskipun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit neuron motor pada 1963.
Beliau turut membuat penampilan khas dalam beberapa filem dan siri televisyen memaparkan topik berkaitan alam semesta disiarkan oleh Perkhidmatan Penyiaran Awam Amerika Syarikat (PBS) serta National Geographic Channel.