21 pelajar tahfiz didakwa diliwat, dicabul penyumbang

21 pelajar tahfiz didakwa diliwat, dicabul penyumbang

Guru sekolah tahfiz di Kuantan itu turut mendakwa pemberi sumbangan terbabit memukul dan mengugut bunuh pelajar berumur 14 hingga 17 tahun itu supaya tidak mendedahkan perbuatan berkenaan.

Reuters pic
Reuters pic
PETALING JAYA:
Seorang pemberi sumbangan didakwa mendera secara seksual dan fizikal 21 pelajar sebuah maahad tahfiz di Kuantan, lapor Sinar Harian.

Akhbar itu melaporkan seorang guru sekolah terbabit dalam laporan polisnya mendakwa pelajar berumur 14 hingga 17 tahun itu dipaksa melakukan hubungan seks sejenis, diliwat serta menghisap kemaluan lelaki tersebut.

Suspek turut didakwa memukul dan mengugut bunuh mangsa supaya tidak mendedahkan perbuatan itu.

Akhbar itu melaporkan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.