Pengumuman keputusan SPM 2017 pada 15 Mac

Pengumuman keputusan SPM 2017 pada 15 Mac

Calon juga boleh semak melalui SMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran dan hantar ke 15888.

spm_result_facebook
Gambar Fail
PUTRAJAYA:
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan 15 Mac ini, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

Menurut kenyataan itu, calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas 10.00 pagi.

“Keputusan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar,” katanya.

Calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM nombor kad pengenalan angka giliran dan hantar ke 15888, menurutnya.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan SMS itu diaktifkan bermula pukul 10.00 pagi 15 Mac dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 21 Mac.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan, katanya.

Seramai 443,883 calon menduduki SPM 2017 dan daripada jumlah itu sebanyak 386,331 orang calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan (8,346), sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976), sekolah swasta (14,883), dan calon persendirian (23,886).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.