Ikut formula kerusi PH, PCS beritahu pembangkang Sabah

Ikut formula kerusi PH, PCS beritahu pembangkang Sabah

Presiden Parti Cinta Sabah berkata tiada satu parti boleh bertanding lebih 50% kerusi DUN.

Wilfred-Bumburing_youtube
Gambar Youtube.
KOTA KINABALU:
Parti Cinta Sabah (PCS) mencadangkan pembangkang di Sabah mengikut formula perkongsian kerusi yang diamalkan Pakatan Harapan di Malaysia Barat.

Presiden Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata dalam konsep itu tiada satu parti diperuntukkan lebih 50% kerusi Parlimen.

Oleh yang demikian, tiada satu parti boleh bertanding lebih 50% kerusi DUN di Sabah, mengambil kira kemungkinan satu gabungan melebihi 4 parti pembangkang akan terbentuk.

Bercakap di mesyuarat majlis tertinggi PCS hari ini, Bumburing berkata walaupun semua parti pembangkang mendakap konsep kepelbagaian kaum, mereka perlu mengambil kira pengundi umumnya masih cenderung kepada politik berasaskan kaum.

“Pengundi cenderung membuang undi atas dasar kaum. Demikian itu membayangkan parti-parti politik akan memilih kerusi dari perspektif yang sama,” katanya.

Di mesyuarat hari ini, kepimpinan PCS sebulat suara memberikan kuasa mutlak kepada Bumburing untuk berunding dengan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan atau mana-mana parti pembangkang yang sefahaman untuk membentuk satu gabungan.

Gabungan itu bagi memastikan formula kemenangan untuk berdepan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Pada April tahun lepas, PCS menarik diri daripada pakatan 5 parti tempatan, Gabungan Sabah.

Bumburing berkata majlis tertinggi parti memutuskan untuk meninggatkan perikatan yang baru ditubuhkan 2 tahun itu bagi memudahkan kerjasama lebih baik dengan semua parti pembangkang di Sabah untuk menghasilkan perlawanan 1 lawan 1 menentang parti pemerintah.

Gabungan Sabah terdiri daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah STAR) yang dipimpin Datuk Jeffrey Kitingan, Parti Maju Sabah yang dipimpin Datuk Seri Yong Teck Lee, Parti Harapan Rakyat Sabah yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) yang dipimpin Arshad Abdul Mualap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.