
Penahanan itu dibuat kira-kira 3.00 petang tadi di Rapid Pengerang, menurut sumber.
Sumber itu berkata kedua-dua lelaki berusia 44 dan 49 tahun tersebut merupakan pegawai keselamatan dan pengurus Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran di Rapid Pengerang.
Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek menerima wang rasuah berjumlah RM25,000 daripada individu berkenaan sebagai dorongan mendapatkan peluang perniagaan iaitu membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di salah sebuah kafe dalam kawasan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, memperuntukkan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan pihaknya akan memohon perintah reman ke atas kedua-dua suspek esok.