Najib: Aramco bakal labur RM27 bilion di Malaysia

Najib: Aramco bakal labur RM27 bilion di Malaysia

Menurutnya, pelaburan tersebut akan melonjakkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini.

SAUDI-ARAMCO
Gambar Reuters
KUALA LUMPUR:
Syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27.5 bilion) di Malaysia sebelum 31 Mac ini, kata Datuk Seri Najib Razak malam tadi.

Perdana menteri berkata pelaburan tersebut akan melonjakkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini.

“Pagi tadi saya dapat teks daripada Datuk Seri Rahman Dahlan (menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan Aramco bersetuju melabur AS$7 bilion di Malaysia sebelum 31 Mac ini,” katanya di majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50.

Najib berkata Rahman dihantar ke Riyadh untuk tutup perbincangan dengan Aramco.

Perdana menteri berkata usaha kerajaan menarik pelaburan langsung asing itu untuk faedah generasi akan datang dalam usaha kerajaan menyediakan asas negara kukuh bagi membolehkan generasi TN50 membawa negara ini ke tahap lebih hebat kelak.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.