Siasatan penganjur maraton di Klang diklafisikasi sebagai NFA

Siasatan penganjur maraton di Klang diklafisikasi sebagai NFA

Klasifikasi atas arahan Jabatan Peguam Negara itu atas alasan ia bukan satu peruntukan kesalahan yang boleh dipertuduhkan.

klang-city-marathon-2017
Gambar facebook.
SHAH ALAM:
Siasatan terhadap penganjur acara Maraton Antarabangsa Bandar Klang 2017, Disember lepas, yang tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS), diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan berkata kes itu diletakkan sebagai status NFA atas arahan Jabatan Peguam Negara.

“Kertas siasatan kes itu telah di NFA pada 12 Februari lepas atas arahan Jabatan Peguam Negara dengan alasan Seksyen 36(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 bukan satu peruntukan kesalahan yang boleh dipertuduhkan.

Berikutan itu, tiada tindakan susulan yang akan diambil terhadap penganjur acara berkenaan yang mana sebelum ini disiasat di bawah akta berkenaan,” katanya.

Polis sebelum ini mengesahkan penganjur maraton itu tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada PJS susulan kemalangan yang melibatkan 3 peserta acara larian di Jalan Kapar Klang, pada pukul 4.30 pagi, 10 Disember lepas.

Dalam insiden itu, seorang parah manakala 2 lagi peserta larian cedera selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika acara maraton mengelilingi bandar itu sedang berlangsung.

Menganjur maraton tanpa kebenaran, tindakan akan diambil

3 peserta maraton cedera dilanggar kereta di Klang

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.