PAS lulus 90% senarai calon PRU14

PAS lulus 90% senarai calon PRU14

Timbalan presiden PAS berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya 2 atau 3 nama bagi kerusi Parlimen dan DUN.

pas-afp
Gambar AFP
KOTA BHARU:
Majlis Syura Ulama PAS meluluskan 90% senarai calon yang dihantar oleh PAS negeri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya 2 atau 3 nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Pasir Tumboh, malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.