Hampir 1,000 pelancong terkandas dalam kereta kabel Langkawi diselamatkan

Hampir 1,000 pelancong terkandas dalam kereta kabel Langkawi diselamatkan

Perkhidmatan itu akan bersambung pada tengah hari ini.

skycab-rescue-2
LANGKAWI:
Semua pelancong yang terkandas selepas sistem kereta kabel di sini mengalami kerosakan semalam berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke base station di Oriental Village di sini malam tadi.

Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan kereta kabel Langkawi SkyCab, berjaya membaiki kerosakan sejurus sebelum pukul 11 malam untuk mula membawa turun 960 pelancong dan 78 kakitangan dari puncak Gunung Machinchang setinggi 708 meter ke base station.

Keseluruhan proses memindahkan mangsa disaksikan anggota lembaga Panorama Langkawi, Datuk Azizan Noordin, Ketua Polis Langkawi, ACP Ghazali Che Awang dan anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Azizan, yang juga ketua pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata perkhidmatan kereta kabel itu akan dihentikan selama setengah hari untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan servis dijalankan.

“Perkhidmatan akan disambung semula selepas 12 tengah hari selepas kami berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.