Ajinomoto bayar RM86.07 juta, ambil alih tanah Tabung Haji

Ajinomoto bayar RM86.07 juta, ambil alih tanah Tabung Haji

Pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjang meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan.

Techpark Enstek-tabung-haji-ajinomoto
KUALA LUMPUR: Ajinomoto (M) Bhd merancang mengambil alih tanah seluas 18.86 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn Bhd dengan bayaran RM86.07 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.

“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangka dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan kos pembangunan atau bila operasi bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank jika diperlukan,” kata syarikat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.