
Hasanuddin berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 984 remaja yang ditahan polis selepas terbabit pelbagai kes juvana.
“Ada sebahagian daripada remaja bawah umur itu yang berusia seawal 9 tahun sudah mula mencuba menggunakan dadah dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya selepas merasmikan Minggu Disiplin, Pertauliahan Pengawas dan Ketua Tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah hari ini.
Seramai 180 murid, termasuk exco dan ketua tingkatan dari sekolah berkenaan menerima surat tauliah pada majlis berkenaan.
Hasanuddin berkata, remaja bawah umur mencuba dadah selepas dipengaruhi rakan sebaya dengan alasan tidak “sado” (hebat) jika tidak mencuba dadah.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar.
“Kita akan laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu, walaupun terdapat alasan pelajar berkenaan hanya menunggang motosikal ke sekolah sahaja,” katanya.