UM naik ke tangga ke-46 universiti terbaik Asia

UM naik ke tangga ke-46 universiti terbaik Asia

Sementara tempat teratas milik Nanyang Technological University di Singapura.

um-Times-Higher-Education
KUALA LUMPUR: Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam Asia University Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) melonjak ke tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.

Naib Canselor UM Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata sistem penarafan itu merupakan penanda aras UM berbanding institusi pengajian tinggi lain dari segi mengukur kedudukan dan status semasa universiti.

“Ia juga amat penting bagi UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan industri serta perkongsian strategik antarabangsa.

“Peningkatan UM dalam ranking juga adalah bukti pelaburan dan inisiatif yang diambil sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik prestasi universiti berada di landasannya,” katanya dalam kenyataan.

Ini merupakan tahun kedua UM menyertai THE University Rankings dan menurut laman sesawang majalah itu universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University di Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.