
Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 37 tahun itu sehingga 12 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada 11.15 pagi.
Semalam, media melaporkan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Damansara terkejut apabila seorang lelaki membawa sendiri mayat teman wanitanya dengan sebuah kereta sebelum menyerah diri.
Sebelum itu, lelaki itu mengakui membunuh teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.